Artikel ini pada mulanya memberikan pendedahan terhadap KEWUJUDAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA yang mana berasaskan adat dan Islam. Pendedahan ini secara tidak langsung dapat menafikan pelbagai pandangan lain, termasuklah pandangan yang menyatakan bahawa tidak dapat Undang-undang Islam dijalankan di Tanah Melayu sebelum kedatangan British yang membawa Common Law.
Fakta sejarah yang didedahkan ini juga dapat menjawab persoalan pihak-pihak yang bimbang dengan Implimentasi undang-undang Islam yang akan mengubah kebanyakkan undang-undang sedia ada. Sebelum kedatangan Islam, adat adalah sumber kepada undang-undang namun selepas kedatangan islam adat masih dibenarkan pengamalannya selagiman ia tidak bertentangan dengan Islam. Islam tidak melarang pengamalan adat (ataupun mana-mana Undang-undang semasa) selagimana ia selari dengan Islam.
Maka sejarah ini telah membuktikan bahawa dalam keadaan pelbagai undang-undang wujud sebelum kedatangan Islam, amalan tersebut tidak akan terhapus dengan kedatangan Islam, sebaliknya Undang-undang Islam mengemaskan lagi perjalanan amalan semasa dengan Penguatkuasaan yang jelas digubal di dalam Kanun-kanun secara bertulis. Manakala daripada satu sudut pandang lain, pada asalnya terdapat satu sistem mahkamah sahaja yang dijalankan di tanah melayu, iaitu mahkamah syariah.
Fakta-fakta sejarah ini secara tidak langsung menimbulkan dua persoalan penting berkenaan perjalanan perkembangan undang-undang di Malaysia yang mengamalkan dwi-sistem kehakiman iaitu sivil dan syariah.
Persoalan pertama yang wajar ditimbulkan ialah, jika selama ini penggunaan asal undang-undang di tanah melayu adalah menggunakan undang-undang Islam dan mahkamah syariah, bagaimanakah boleh tertubuhnya mahkamah sivil dan undang-undang common law yang akhirnya menjadi dominan dalam sistem keadilan Malaysia kini?
Persoalan seterusnya pula, mengapakah penggunaan ini sudah tidak kelihatan, bahkan sehingga waktu Tanah melayu hendak merdeka pada 1957, terlalu sedikit undang-undang Islam dapat dikenalpasti dan dimasukan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Punca amalan undang-undang Islam ini berkurangan adalah disebabkan oleh pengaruh British yang memilih untuk mengamalkan Common law, iaitu undang-undang tidak bertulis yang berasaskan keputusan hakim dalam kes-kes yang telah diputuskan sebelumnya. Selain daripada itu, Residen yang dilantik juga menggunakan kuasanya bagi membuat enakmen undang-undang sivil yang bertujuan mengesahkan dan membenarkan hakim-hakim British merujuk kepada Common law dan Equiti yang mana sebelum daripada itu tiada sebarang enakmen membenarkan hakim-hakim British merujuk kepada Common law dan Equiti dalam membuat keputusan.
Setelah artikel ini menerangkan latar belakang sejarah Undang-undang Islam dan Mahkamah Syariah sebagai Sistem Perundangan asal Tanah Melayu, sejarah Mahkamah Sivil diwujudkan dan pengaruh Undang-undang British terhadap Mahkamah Sivil, Prof Ahmad Ibrahim seterusnya memberikan cadangan tentang bagaimana UNDANG-UNDANG ISLAM boleh dikembalikan SEBAGAI UNDANG-UNDANG UTAMA di Malaysia
Cara bagi memperkasakan undang-undang islam diperingkat persekutuan yang dicadangkan oleh Prof Ahmad Ibrahim ialah dengan:-
- Memansuhkan Civil Law Act 1956, kerana akta ini yang membolehkan pengamalan common law dalam Malaysia diteruskan walaupun selepas Tanah Melayu Merdeka.
- Meminda Perlembagaan Malaysia dengan memasukan perkara yang memberi kesan “apa-apa yang bertentangan dengan islam ditolak”
- Memasukan seksyen yang mewajibkan semua permasalahan perlu merujuk undang-undang islam untuk semua enakmen, akta dan sebagainya.
Kesan perubahan yang dicadangkan ini akan menjadikan Common law sebagai bukan asas utama kepada undang-undang kita tetapi hanya sebagai rujukan sahaja, seolah-olah kembali kepada keadaan Perundangan “law of the land” asal sebelum kedatangan British.
Dengan mengambil kira perkembangan semasa, cadangan kelihatan mampu dilaksanakan. Tun Abdul Hamid dalam memberikan penyampaian bertajuk HARMONISATION OF COMMON LAW AND SHARI’AH IN MALAYSIA: A PRACTICAL APPROACH ada menyatakan seperti berikut:
“We see that, in Malaysia, the Shari’ah has absorbed the principles of common law which are not contradictory to its principles. I think that the same development will happen in other countries, Muslim majority or otherwise, that introduce the Shari’ah, even for limited purposes. But, I doubt that common law will absorb the principles of Shari’ah, mainly for two reasons: prejudice and ignorance.
I also foresee that in Muslim majority countries the two courts may merge. The same judges may be hearing the two types of cases. Non-Muslim lawyers will be arguing Islamic law issues, just as non-Muslim experts in Islamic banking and Islamic Finance are already doing now. After all, one does not have to be an Englishman to be an expert in the English common law. The same argument applies to the relationship between Islamic law and civil or continental law”
Oleh itu, menjadikan Undang-undang Islam sebagai rujukan dalam semua Mahkamah Sivil adalah sesuatu yang lebih rasional kerana matlamat Islam itu sendiri adalah bagi membawa keadilan dan menjadi medium penyelesaian kepada semua bangsa dan agama.
Want to have a free first consultation?
Siraaj Liana & Partners understands the sheer financial burden of having to see a lawyer, especially in times of financial restriction. As part of our campaign to make seeing a lawyer more affordable, we offer Free First Consultation. At the Free First Consultation, you will meet via online meeting with our legal professional to refer and discuss your legal matter.
After understanding your situation, we will discuss with you how we can assist you, and provide you with a written estimate of costs upfront. Transparency is as important to us as it is to you.
Recent Comments