Maksud salahlaku (misconduct): Perbuatan atau perlakuan yang menjejaskan tanggungjawab pekerja terhadap majikan. Salah laku yang diadukan mesti mempunyai perkaitan yang sama dengan tugas pekerja atau kerja yang ditugaskan kepadanya oleh majikan (Plant Rubber Sdn Bhd v Goh Chok Guan [1995] 1 ILR 79)
Beban pembuktian* membuktikan justifikasi penamatan kerja berada pada majikan dan berdasarkan imbangan kebarangkalian** (Telekom Malaysia Kawasan Utara v. Krishnan Kutty Sanguni Nair & Anor [2002] 3 CLJ 314, CA)
*Beban pembuktian – Tanggungjawab untuk membuktikan tuduhan/kenyataan yang dibuat.
**Imbangan kebarangkalian – Kecendurangan atau kemungkinan sesuatu perkara itu sebenarnya berlaku.
PENAMATAN DI BAWAH AKTA KERJA 1955
- Seksyen 14(1) Akta Kerja 1955 menyatakan bahawa apabila seorang majikan setelah melakukan siasatan yang sepatutnya dan mendapati berlaku salah laku dilakukan oleh pekerja, boleh memecat pekerja tanpa notis (subs. a), menurunkan pangkat pekerja (subs. b) atau mengenakan apa-apa hukuman ringan – jika majikan mengenakan penggantungan tanpa gaji, penggantungan tak boleh melebihi dua minggu (subs. c).
- Salah laku disyaki berlaku > Majikan melakukan siasatan [S.14(1)] > Boleh menggantung pekerja untuk tempoh tak lebih dua minggu dan tempoh tak kurang dari setengah upah perlu dibayar dalam masa dua minggu itu [S.14(2)] > Jika siasatan tak mendapati salah laku, majikan perlu kembalikan serta merta jumlah upah penuh dalam masa dua minggu [Proviso S.14(2)] > Jika didapati bersalah majikan memecat tanpa notis [S.14(1)(a)] atau menurun pangkat pekerja [S.14(1)(b)] atau mengenakan apa-apa hukuman ringan – jika majikan mengenakan penggantungan tanpa gaji, penggantungan tak boleh melebihi dua minggu [S.14(1)(c)].
- Menurut S.13(2) mana-mana pihak yang melanggar kontrak boleh ditamatkan kontrak perkhidmatannya tanpa notis.
- Tidak hadir bekerja lebih dari dua hari berurut-turut tanpa kebenaran majikan, tanpa alasan munasabah, tanpa memaklumkan majikan dan tanpa usaha untuk memaklumkan majikan adalah suatu perlanggaran kontrak menurut S.15(2). Maka, ketidakhadiran boleh menyebabkan pekerja ditamatkan kontrak tanpa notis.
- Adakah kegagalan untuk menjalankan Siasatan Dalaman (Domestic Inquiry) menurut S.14(1) akan menjadikan suatu penamatan sebagai batal?
Mahkamah Perusahaan dalam kes Nasliyana binti Abdul Samat v Malaysian Airline System Berhad [2018] ILJU 80 memutuskan bahawa kegagalan untuk melakukan Siasatan Dalaman bukanlah sesuatu yang fatal kerana kecacatan prosedur ini boleh dipulihkan memandangkan pendengarna boleh berjalan secara de novo*** dan syarikat hanya membuktikan berdasarkan imbangan kebarangkalian sahaja. Mana-mana perlanggaran undang-undang semulajadi boleh dibaiki semasa inkuiri di Mahkamah Perusahaan.
***de novo – dari mula
PRINSIP UMUM BERKENAAN SALAH LAKU
- Suatu perbuatan tunggal tidak seharusnya terjumlah kepada penamatan melainkan perbuatan tersebut berkait terus kepada akar kontrak.
- Suatu perbuatan minor jika dilakukan secara berterusan adalah suatu salah laku.
- Pekerja tidak memulangkan duit kepada syarikat. Perbuatan tunggal (single act) tetapi sesuatu yang serius – Transport Worker Union and Kartar & Sundar Singh Ominibus Co Ltd (Award 7 of 1970)
SALAH LAKU JENAYAH / CRIMINAL MISCONDUCT
- Maksud: salah laku yang dilakukan di tempat kerja yang bertentangan dengan undang-undang jenayah yang boleh dihukum di bawah Kanun Keseksaan
- Majikan tidak mempunyai kewajipan untuk mengambil semula pekerja yang dibuang meskipun dia telah dibebaskan dari prosiding jenayah. – Transport Worker Union v Lori Malaysia
It is not necessary that an employer should await the prosecution of criminal proceedings against an employee before inquiring into misconduct. If an employee is dismissed by an employer for misconduct after due inquiry, there is no obligation to take back the employee even if he is acquitted in criminal proceedings
- MAS v Sarawak Airline Workers Union – Pekerja lakukan kesalahan berkaitan harta benda. Pertuduhan jenayah di Mahkamah Majistret telah ditarik. Tertuduh dilepas dan dibebaskan. Penamatannya bukan suatu yang tidak sah dan salah. Hasil dapatan syarikat tidak terjejas dengan pembebasannya. Diputuskan tiada perlanggaran undang-undang semulajdi bila syarikat enggan untuk terikat dengan keputusan mahkamah.
- Jenderatta Estate v P Munisamy – Kes berkaitan cabul pembantu rumah. Perayu dilepas dan dibebaskan. Mahkamah Perusahaan masih boleh mendengar kes perayu bagi pertuduhan salah laku. “. The Industrial Court, not being a judicial but an arbitral court, is concerned whether the claimant’s misconduct, although not sufficient to establish elements of a criminal charge, may yet be a serious breach of his contractual obligation…
- Telekom Malaysia Kawasan Utara v Krishnan Kutty [2002] 3 MLJ 129 – Kes ini berkaitan pertuduhan kes mencuri. Isunya adalah sama ada perlu membuktikan wujud keraguan munasabah “The Industrial Court should not be burdened with the technicalities regarding the standard of proof, the rules of evidence and procedure that are applied in the court of law”
Want to have a free first consultation?
Siraaj Liana & Partners understands the sheer financial burden of having to see a lawyer, especially in times of financial restriction. As part of our campaign to make seeing a lawyer more affordable, we offer Free First Consultation. At the Free First Consultation, you will meet via online meeting with our legal professional to refer and discuss your legal matter.
After understanding your situation, we will discuss with you how we can assist you, and provide you with a written estimate of costs upfront. Transparency is as important to us as it is to you.
Recent Comments